Tuesday, January 06, 2009

TERIMA KASIH

Saya mengucapkan terima kasih kepada pelawat-pelawat yang sudi mengunjungi blog saya dan yang membuat pertanyaan-pertanyaan dan pelbagai soalan mengenai tulisan saya sebelum ini.

Saya rasa amat gembira kerana ramai yang telah mengambil peluang untuk menjadi ejen takaful (Etiqa) yang saya tawarkan sebelum ini. Ada yang telah pun memulakan pencarian pelanggan dan mendapat penedapatan dari usaha sendiri dimana sekali buat jualan komisyen akan dirasai selama 6 tahun. Tahniah dan syabbas !! kepada anda yang berani membuat keputusan segera dan tidak melepaskan peluang yang ditawarkan.

Kini peluang untuk menjadi wakil segera telah pun tamat. Tapi untuk bulan Januari ini masih ada sedikit tempat untuk mereka yang bernasib baik dan cepat bertindak. Sila hubungi saya di talian 019-2490007 atau email ke [ buyongptn@gmail.com/] untuk makumat lanjut.

Dalam perniagaan,yang cepat akan lebih berjaya dan mempunyai peluang yang lebih.

Friday, December 05, 2008

KENAPA PILIH WAKIL EXPRESS ETIQA TAKAFUL ?

  • Syarikat takaful terunggul didunia
  • Sekali usaha dapat komisyen enam tahun
  • Kenaikan pendapatan secara bulanan bukan tahunan
  • Pendapatan tiada had. Usaha lebih, pendapatan lebih
  • Peluang lawatan ke luar negara percuma
  • Bonus mesti dibayar jika jualan mencecah jumlah tertentu tanpa merujuk kepada keadaan ekonomi semasa atau kegawatan (termaktub dalam kontrek wakil)
  • Pendapatan boleh diwarisi oleh suami/isteri atau anak-anak
  • Latihan dan bimbingan berterusan ( tidak perlu takut, tak pandai cakap, tak biasa jual, takut jumpa orang dll) bimbingan dan asuhan akan membentuk anda mengatasi masaalah tesebut
  • Kenaikan pangkat berasaskan pencapaian, bukan berapa lama anda dah jadi wakil
  • Boleh jadi jutawan? .... Sudah tentu.!...tapi bukan dengan sekelip mata. Dah ramai Pengurus Agensi kumpulan di Etiqa Takaful yang jadi jutawan.
  • Nak jadi wakil? .............. Terus lihat panduan jadi wakil saperti dinyatakan dibawah:-

Tuesday, October 28, 2008

KURSUS DUA HARI & TERUS JADI EJEN

Kesinambungan dari artikel sebelum ini, anda yang mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) atau lebih tinggi, adalah di pelawa mengambil kesempatan untuk mengikuti kursus dua hari penuh ( 8.30 pagi - 5.30 ptg) pada hari sabtu dan ahad seterusnya akan diterima menjadi wakil takaful (ejen) berdaftar. Sebelum tawaran akan tamat tak lama lagi. Dalam keadaan biasa, setiap bakal ejen akan melalui sekurang-kurangnya dua hingga empat bulan untuk proses menjadi ejen.

Tempat kursus : Bangi Selangor

Tarikh : 22/11/08 dan 23/11/08 atau 13 & 14/12/2008 atau 20 & 21 /12/08

Hari : Sabtu dan Ahad ( Dua hari )

Bayaran : RM50.00 ( Bayaran bahan bercetak, CD dan makan pagi, tengah hari dan
petang )

Latihan selanjutnya samada datang ke pusat kami di Bangi atau Putrajaya atau Desa Tun Razak Ceras atau bimbingan melalui e'mail dan internet bagi yang memerlukan.

Bagi anda yang berada di luar kawasan, tetapi sanggup datang ke Bangi untuk dua hari ini juga di alu-alukan. Bantuan untuk mendapatkan penginapan atau pengangkutan dari stesyen LRT akan diberi kepada sesiapa yang layak.

Sila hubungi 019-2490007 (Tel atau SMS) atau emeil ke [buyongptn@gmail.com]

Wednesday, September 10, 2008

PENGHARGAAN

Terima kasih dan penghargaan dari saya kepada pengunjung blog ini umumnya dan mereka yang menghubungi saya samada melalui SMS atau e'mail khasnya.

Saya amat berbesar hati jika tuan/puan yang menghubungi saya memberi nama, no. kad pengenalan, alamat, pekerjaan/kelulusan dan no "handphone". Ini untuk memudahkan saya mengetahui lokasi tuan/puan, kelayakan minima dipenuhi, dan mempermudahkan urusan pendaftaran kursus samada melalui SMS atau e'mail.

Saya mohon maaf kerana lambat memberi maklumbalas kepada tuan/puan yang hanya seorang ingin menyertainya di satu tempat yang agak jauh. Disini saya kena mengumpul penyertaan sehingga jumlah mencukupi, barulah detail tindakan akan diberitau.

Monday, August 25, 2008

TAWARAN ISTIMEWA

Tawaran ini adalah untuk jangkamasa singkat sahaja.

A
nda yang layak sahaja dipelawa untuk menyertai agensi saya mencari peserta takaful keluarga tidak perlu menduduki perperiksaan wakil terlebih dahulu.

Apa baiknya menjadi wakil takaful keluarga?
  • Memperkenalkan produk Islam ( mengikut syariah)
  • Bekerja mengikut masa dan keselesaan sendiri
  • Ganjaran akan anda dapat lebih jika anda kerja lebih
  • Menolong orang lain menyediakan perlindungan kewangan keluarga dan diri sendiri
  • Membantu memperkenalkan sekim persaraan untuk masa depan
  • Membantu menyediakan tabung pendidikan anak-anak
  • Membantu menyediakan keperluan hadapi pesakit kritikal berjadual
  • Membantu menyediakan kad perubatan (medical card)
  • Menerima pelbagai bonus dan pelbagai hadiah pencapaian
  • Lain-lain insentif dari syarikat, saperti lawatan ke luar negara percuma
  • Jangkaan pendapatan ditahun kedua jika anda ikut bimbingan kami dengan patuh dan berdisiplin. Jangkaan ini hanya jika anda boleh mendapat lima kes sahaja dalam sebulan dengan purata kes RM160.00 seorang. Komisyen wakil tahun pertama 35% saperti berikut:-
Bulan --- Jualan(RM)-- Komisyen (RM)
Pertama---(latihan)-------tiada--
Kedua ----- 800.00------- 280.00
Ke 3 ------- 800.00-------560.00
Ke 4 ------- 800.00------- 840.00
Ke 5 ------- 800.00----- 1,120.00
Ke 6 --------800.00 -----1,400.00
Ke 7 --------800.00 -----1,680.00
Ke 8 --------800.00 -----1,960.00
Ke 9 --------800.00 -----2,240.00
Ke 10------- 800.00 -----2,520.00
Ke 11 -------800.00 -----2,800.00
Ke 12 -------800.00 -----3,080.00

Tahun Ke 2
Bulan pertama----------- 3,360.00

Lebih jumlah kes yang anda perolehi, maka lebih banyaklah pendapatan anda. Begitu jugalah sebaliknya.

Cepat ! Masa berlalu begitu cepat. Bayangkan jika 3 tahun dahulu anda sudah menyertai kami dan berjaya mengekalkan tempo jualan (pencarian peserta).

Hubungi saya SMS atau tel ke ;- 019-2490007 / 03-89612044 atau e'mail ke [buyongptn@gmail.com]

Saturday, August 23, 2008

PELUANG KEEMASAN

Bak kata pepatah, yang bulat tak kan datang bergolek dan yang pipeh tak kan datang melayang.

Peluang tak selalu datang. Bila dia datang jangan berlengah. Rebutlah sedaya upaya agar peluang tidak terlepas dan rezki menjadi berkat dan tidak putus-putus.

Hentikanlah dari angan-angan nak kaya cepat, tanpa usaha.

Syarikat kami merupakan Syarikat Takaful Terunggul Di Malaysia. Syarikat yang menyokong penuh pada wakilnya. Wakil perlu menduduki perperiksaan sebelum bolih memulakan tugas. Kemudian, perlu mengikuti kursus wajib hanya setelah lulus perperiksaan tersebut.

Kini peluang keemasan diberikan kepada anda yang tak berkesempatan nak ambil periksa wakil tersebut. Dalam waktu yang singkat saja sekarang, anda boleh jadi wakil tanpa perperiksaan ini dan terus mengikuti kursus dua hari penuh (komprehensif) dan boleh terus menjana pendapatan sebagai wakil takaful.

Asalkan anda berada di Malaysia dan boleh meluangkan masa selama dua hari penuh di Kuala Lumpur, punyai kelulusan SPM keatas (graduan diutamakan) anda layak.

Kursus boleh juga di buat di luar Kuala Lumpur jika anda punyai Kumpulan 10 orang atau lebih dan anda mempunyai tempat untuk kursus dijalankan.

Yang berminat sila SMS saya 019-2490007 atau email ke buyongptn@gmail.com.

PENTING Hanya mereka yang betul-betul berminat untuk jadi wakil berjaya sahaja digalakkan hubungi saya. Berjaya saya maksudkan adalah untuk sekurang- kurangnya mendapat pendapatan Rm 3,000.00 sebulan atau lebih di tahun yang kedua.

Untuk berjaya dengan lebih cepat, mereka yang mempunyai komputer dan kenderaan sendiri dan sedikit belanja hidup untuk enam bulan pertama amat membantu. Mereka yang baru atau akan mengambil skim VSS sangat-sangat sesuai untuk tugas ini.

Kebaikan jadi wakil - Sekali penyertaan pelanggan, memberi anda pendapatan selama
enam tahun.
- Hadiah lawatan keluar negara.
- Bonus Tahunan
- Pelbagai hadiah bulanan untuk mereka yang berusaha
- Masa kerja yang 'flexible'
- Berkerja sambil beramal (dapat pahala - muamalat islam)
- Pelbagai insentif lain untuk mereka yang benar-benar rajin.


Bertemulah kita dipuncak kejayaan. Syabas !!








Wednesday, February 06, 2008

KERJAYA DAN JADI USAHAWAN (sambungan)

Berikut adalah sinario atau kisah yang boleh dijadikan contoh dan tauladan diantara Kebaikan Menjadi Ejen / Wakil Takaful ( sebagai sambungan kepada artikel sebelum ini dibawah tajuk yang sama).

Kisah Satu - Kerja Sendiri

Encik Sulaiman bekerja sebaga seorang pegawai syarikat swasta. Seorang pekerja yang rajin tetapi punya impian tinggi untuk menjadi orang kaya demi untuk menolong keluarga di kampung yang serba kekurangan. Beliau sering balik lewat dari pejabat untuk memenangi hati ketuanya.

Satu hari beliau makan malam bersama kawan lama semasa di universiti. Fauzi kawan beliau telahpun memakai kereta honda baru walaupun mereka baru dua tahun meninggalkan universiti. Fauzi memberitau Sulaiman dia hanya kerja sampai pukul 6.00 ptg. saja setiap hari melainkan hari jumaat saja dia mula kerja lepas sembahyang jumaat dan balik 10.00 malam. Balik malam pun sebab kena mengajar agen-agen seminggu sekali.

Rupanya Fauzi telah menjadi ejen/wakil takaful 6 bulan sebelum beliau grad dari universiti lagi. Masa tu dia buat secara sambilan dengan menggalkkan student menyertai takaful masa mendapat duit PTPTN. Sekurang-kurangnya tak de lah semua duit lebur melalui "handphone" atau berpeleseran. Seorang pelanggan beliau telah pun terpaksa berhenti dari takaful kerana terlibat dengan kemalangan. Motosikal beliau telah dihempet oleh bas dan beliau tergilis oleh tayar bas tersebut. Fauzi terharu benar ketika itu kerana dia telah membantu dengan tak disengajakan dan takaful telah membayar RM40,000.00 sebagai manfaat kematian kepada ibu dan bapa simati.

Bertekad dari peristiwa itu Fauzi tidah menoleh kebelakang lagi dan menyedari kerja yang dibuat selama ini telah dapat menolong orang lain disamping dapat pendapatan lumayan. Sebaik selesai "exam akhir" beliau terus menjadikan dirinya wakil takaful sepenuh masa.

Kini Fauz telah naik pangkat menjadi pengurus agensi. Tugas beliau sekarang lebih kepada melantik ejen/wakil baru dan mengajar dan membimbing mereka demi kejayaan agensi beliau. Walaupun belajar sama sekelas dengan Sulaiman, tapi pendapatan Fauzi lebih tiga kali ganda pendapatan sahabatnya itu.

Kisah Dua - Capai Zon Selesa

Sulaiman merasa cemburu mendengar cerita sahabat beliau. Akhirnya bersetuju jadi wakil takaful dibawah seliaan Fauzi.

Pendekkan cerita, Sulaiman berhenti kerja dan meningalkan gaji beliau Rm2,000.00 untuk terus buat Takaful secara sepenuh masa walaupun pendapatan beliau dari Takaful baru mencecah Rm600.00 saja. Sebabnya beliau dah betul-betul yakin akan kejayaan yang lebih di Takaful.

Kerana ketekunan, beliau telah mendapat pendapatan bulanan sebanyak Rm3,000.00 selepas satu tahun enam bulan menjadi ejen/wakil Takaful, walaupun beliau hanya kerja 8 jam sehari saja dan cuti hari Sabtu dan Ahad.

Bila pendapatan dah capai Rm3,200.00 sebulan, Sulaiman mula rasa berpuas hati. Beliau dah rasa cukup dengan pendapatan tersebut lalu memperlahankan gerak kerja harian. Beliau mula kerap balik kampung dan cuti sendiri dikampung sampai dua bulan. Setiap awal bulan beliau hanya perlu pegi kat mesin ATM dan tengok komisyen tetap masuk walaupun tak payah kerja dua bulan. Dalam bulan keempat lepas tu dia dipanggil pengurusnya"Fauzi" dalam mesyuarat bulanan. Sulaiman diberitau tentang tanggungjawab beliau untuk membuat kerja secara berterusan(istiqamah) dan jauhi zon selesa kalau nak berjaya.

Laila telah diberi penghargaan dan mendapat jualan bulanan tertinggi. Pendapatan beliau kini lebih dari Sulaiman walau pun dia masuk 4 bulan terkemudian dari Sulaiman.

Sulaiman tersentak sebab sebelum ni dialah yang sentiasa mendapat penghargaan setiap bulan kerana pencapaian bulanan beliau.

Kisah Tiga - Perubahan

Kerana berlakunya perubahan dan pengambilalihan syarikat, ramailah wakil-wakil takaful ditempat mereka bekerja memperlahankan tune pekerjaan. Sebab-sebab yang kecil pun boleh menjadi sebab untuk tak meneruskan kerja-kerja biasa harian dan berkeadaan tunggu dan lihat.

Syarikat berwajah baru ni telah membenarkan orang bukan islam untuk menbuhkan agensi korporat dan menjalankan uruniaga takaful .

Satu kejutan telah berlaku dalam mesyuarat pengurus agensi bila diberitau bahawa satu agensi korporat bukan islam yang baru telah berjaya menghantar 30 kes atau lebih sehari (kes baru) dan kebanyakan penyertaan nya adalah tediri dari orang-orang bukan islam. Sedangkan sebelum ini terlalu payah agen untuk mengajak penyertaan bukan islam menyertai takaful keluarga (life polisi - slamic).

Eh, orang bukan islam pun ramai nak masuk takaful keluarga? Rm200.00 atau lebih sebulan pulak tu, tersentak sebentar Fauzi dibuatnya dengan berita tersebut.

Dalam keadaan ejen islam berkira-kira nak masuk kedalam Syarikat Takaful baru muncul yang menjanjikan pelbagai syarat yang menarik, tiba-tiba timbul pulak agensi dari syarikat lain yang menubuhkan agensi korporat di Takaful lama ni dan menarik minat orang bukan islam pulak melanggan takaful keluarga di Syarikat Takaful ni kenapa ? !!!!............

Fauzi menamatkan cerita mingguan untuk tatapan agen/wakil beliau yang tergamam seketika tentang pencapaian agensi korporat tersebut.




Thursday, January 31, 2008

KERJAYA DAN JADI USAHAWAN

Mahukah anda Berkerjaya Sekarang Dan Akhirnya Menjadi Usahawan Berjaya?

Selamat bersua kembali pembaca yang setia dan yang baru mengenali blog saya ini. Sempena bulan pertama tahun ini, saya ucapkan selamat maju jaya dalam apa jua kerjaya anda tahun 2008 ini.

Kerjaya yang saya maksudkan adalah kerjaya mencari sahabat, kawan-kawan, kenalan, saudara-mara, dan siapa saja yang inginkan kejayaan masa depan untuk diri sendiri dan keluarga tersayang.

Kerjaya ini jugak dapat menolong orang lain:-
  • Menyediakan kewangan secukupnya setelah bersara, atau menghadapi hari tua jika umur dipanjangkan.
  • Atau memberi pertolongan kepada mereka-mereka yang mengalami penyakit kritikal sebelum bersara.
  • Memberi pampasan kepada mereka-mereka yang terpaksa tinggal dalam wad samada untuk masa pendek mau pun panjang.
  • Menolong generasi baru untuk meneruskan kehidupan jika ibu atau bapa mereka terpaksa meninggalkan mereka semasa mereka masih belum tahu untuk mencari rezeki sendiri.
  • Membantu menyediakan peruntukan untuk keperluan pembelajaran masa hadapan untuk anak-anak yang masih kecil. Supaya bila besar nanti tidaklah terpaksa meminjam dari PTPTN atau dari mana-mana institusi kewangan yang mengenakan faedah.
  • Memberi perlindungan masa depan yang lebih tinggi untuk mereka yang memerlukan dan mempunyai kewangan yang lebih pada masa sekarang.
  • Membantu orang-orang muda menyediaakan peruntukan kewangan pada masa-masa tertentu untuk perkahwinan, membeli harta dan sebagainya dalam jangkamasa sederhana panjang.
  • Ringkasnya memberi perlindungan hilang upaya, kematian dan penyakit, tabungan serta simpanan jangkamasa sederhana panjang dan jangka panjang.

Sebagai balasan, bagi anda yang berjaya mencari dan menolong mereka-mereka ini menyertai takaful, anda akan diberi ganjaran saperti berikut:-

  • Mendapat komisyen selama enam tahun bagi setiap penyertaan yang dibayar . Bermaksud kalau peserta bayar bulanan anda akan dapat komisyen setiap bulan selama 72 bulan.
  • Dapat melancung percuma keluar negara setahun sekali bagi mereka yang mencapai kota yang ditetapkan.
  • Mendapat bonus tahunan bagi mereka yang capai kota yang ditetapkan.
  • Pelbagai hadiah yang disediakan sekurang-kurangnya 3-6 bulan sekali saperti melancung ketempat tertentu, hadiah komputer, laptop, PDA, handfon atau wang tunai bagi pencapaian untuk jumlah dan tempoh tertentu.
  • Pelbagai ganjaran yang berubah-ubah untuk mereka-mereka yang serius dan rajin.

Kerjaya di atas adalah menjadi Wakil Takaful.

Peningkatan kerjaya di atas adalah:-

  • Naik pangkat jadi "Pengurus Agensi" setelah capai kota (minima lepas 2 tahun jadi ejen/wakil) dimana layak melantik wakil baru dan mendapat pampasan setiap jualan wakil bawahan.
  • Naik pangkat jadi "Pengurus Agensi Kumpulan" jika mencapai kota (minima lepas 2 tahun jadi pengurus agensi). Layak untuk dapat pampasan setiap jualan agen dan pengurus agensi dibawahnya.

Apabila anda telah menjadi pengurus agensi dan Pengurus agensi kumpulan, ini bermakna anda sudah pun menjadi usahawan. Dimana anda perlulah merancang untuk pencapaian terbaik komisyen anda sendiri dan mereka-mereka dibawah seliaan anda. Anda terpaksa menguruskan agensi anda seperti seorang ahli perniagaan dalam bidang lain juga. Pendapatan tahunan mereka-mereka ini berbeza-beza antara sebuah agensi dengan agensi yang lain. Ada yang mendapat puluhan ribu, atau ratusan ribu mau pun mencecah jutaan ringgit.

Perbezaannya adalah saiz ahli dan jumlah business dibawah seliaan mereka.

Buat masa ini ramai mereka-mereka yang menjadi takut dan fobia bila mendengar kerjaya sebagai wakil takaful, Kenapa?

Kerana ramai Orang Melayu khususnya adalah dari kumpulan mereka yang kurang berusaha dalam perniagaan dan terlalu disogok keapada pekerjaan sebagai pekerja setia dalam satu-satu syarikat koprat besar atau sektor kerajaan sahaja.

Tahukah anda sekarang orang bukan melayu dan bukan islam telah dibenarkan menjadi wakil takaful?

Dalam masa yang singkat saja mereka telah berjaya menarik orang bukan islam menyertai takaful dalam jumlah yang besar. Mereka ini merasai bidang takaful menjadi lombong emas dimana mereka tak dibenarkan menjadi wakil takaful sebelum ini.

Dimana anda yang bergelar Melayu dan Islam dan masih belum bekerja? Kenapa tak mahu atau masih takut tak berjaya atau masih tak percaya bahawa wakil takaful akan beri pendapatan yang tinggi kepada anda? Ada diantara anda berkata untuk menyebar syariah islam, sedangkan anda hanya melihat saja sebenarnya.

Anda hanya perlu mendaftar melalui saya untuk ujian mudah dimana-mana Sekolah Teknik setiap negeri di Malaysia, mendapat bimbingan jualan, dan seterusnya jadi ejen yang berjaya walau dimana jua anda berada.

Sila hubungi saya melalui SMS 6019 2490007 / 016 2633346 atau telefon 603 89612044 atau E'mail [buyongptn@yahoo.com] / [buyongptn@gmail.com] samada untuk kerjaya sepenuh masa atau separuh masa.

Tahukah anda seorang doktor perubatan yang punyai klinik sendiri secara sambilan boleh dapat memenangi kereta Toyota Camry kerana jadi wakil takaful (bukan kerana cabutan bertuah) tetapi kerana penyertaan takaful pelanggan melaluinya.

Untuk artikel yang akan datang saya akan akan sambung tentang beberapa senario mengisahkan cabaran kepada anda sebagai seorang islam berkaitan takaful dan sambutan orang bukan islam terhadapnya, sedangkan orang-orang islam masih berbalah tentang haram/halal tapi tak buat apa yang diperkatakannya.

Jumpa lagi.

Thursday, October 25, 2007

CAREAR OPORTUNITY PROGRAM untuk Takaful

Untuk mereka yang memerlukan pekerjaan, nak memulakan kerjaya, menambah pendapatan, buat kerja sambilan atau peluang perniagaan tanpa modal tinggi.

Tawaran di atas hanyalah dikhaskan untuk rakyat Malaysia beragama Islam sahaja.

Disini saya ingin menawarkan sesiapa jua pembaca blog yang berkesempatan untuk datang ke Kuala Lumpur untuk sessi penerangan mengenai kerjaya di takaful secara percuma saperti berikut:-

Tarikh : 29/10/2007

Masa : 8.30 malam

Tempat : Tingkat 41 Menara Telekom Jln. Pantai Baru KL. ( Menara Rebung).

Pengesahan Kehadiran : Sila telefon atau SMS saja Burhan @ 019-2490007 atau 016-2633346 atau e'mail ke buyongptn@yahoo.com .

Kelayakan : SPM dan keatas. Graduan adalah diberi keutamaan.

Catatan : Oleh kerana tempat adalah terhad, sesiapa yang mendaftar dulu akan diberi
keutamaan. Sesiapa yang bukan tinggal di Lembah Klang, tetapi berminat dan boleh hadir di tempat dan tarikh tersebut juga akan diterima.

Program saperti ini akan dilakukan sekali setiap bulan. Bagi mereka yang hendak membuat tempahan untuk bulan hadapan juga boleh hubungi saya.

Selamat Berjaya.

Tuesday, October 23, 2007

PERNIAGAAN INTERNET satu altenatif

Hari ini saya ingin menyentuh tentang Perniagaan Internet dan impian menambah pendapatan oleh mereka-mereka yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan secara online.

Asalamualaikum, untuk pembaca islam dan salam sejahtera untuk yang bukan islam.
Sekali lagi saya menulis setelah sekian lama menyepi kerana tugas-tugas bisnes bukan online. Saya sungguh kecewa kerana masa muda dulu saya tak minat dengan komputer sangat. Baru-baru ni komputer saya meragam dan tak nampak apa-apa pun. Saya terpaksa meninggalkan buat sementara blog saya satelah dua komputer saya rosak. Sekarang saya begitu fobia dengan penggunan komputer.

Tak lupa saya mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir batin kepada pembaca Islam.

Sejak akhir-akhir ini saya begitu kecewa apabila membuka e'mail kerana 90% daripada isi e'mail yang saya terima setiap hari adalah merupakan e'mail yang tidak diundang. Kebanyakan e'mail ini saya padam begitu saja tanpa membacanya. Rata-rata yang saya padam tu adalah perniagaan tanpa modal dan boleh jadi jutawan.

Ringkasnya, e'mail skim cepat kaya. Tapi rata-rata menyatakan mereka bukan membawa sekim cepat kaya atau atau bukan bisnes MLM tapi ingin menawarkan duit atau kekayaan kepada anda. Yang teruk lagi lepas satu, satu pemberitahu " anda menang cabutan bertuah 1.5 juta euro atau 2 juta US dollar atau lebih lagi jika saya padam saja e'mail mereka". Yang peliknya masih ada lagi yang percaya dan memberi akaun no. untuk mendapatkan wang ganjaran tersebut. Akhirnya tertipu !

Telah berkali-kali tersiar di dada akhbar mengenainya, tapi masih banyak manusia yang terus tertipu malahan banyak dari mereka orang yang betul memerlukan kewangan segera. Ingatlah sebenarnya tiada jalan singkat untuk menjadi kaya.

Sekiranya anda benar-benar ingin meneruskan cubaan untuk menjadi kaya melalui perniagaan internet pastikan perkara-perkara berikut :-

1. Jangan terlalu sayangkan duit untuk belajar dari mereka yang dah berjaya. Contohnya
sertai kursus-kursus mengenai bina laman web, pemasaran laman web dan pemasaran
internet dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
2. Tidak semestinya kursus yang mahal itu lebih baik. Ada kalanya yang murah juga baik dan
sesuai dengan anda.
3. Kaedah perniagaan internet mengalami perubahan sangat pantas. Sentiasa mencari kaedah
terbaru.
4. Ingat seorang guru saja tak cukup untuk mengajar anda dalam semua kaedah perniagaan
internet.
5. Kejayaan perniagaan internet tidak datang beroglek dengan pantas.
6. Kesabaran sangat perlu dan jangan terlalu takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Tapi
ingat, bukan semua yang disaji kepada anda itu baik, walaupun perkataan "jutawan" diserta
-kan bersama. Rujuk kepada orang yang boleh anda percayai jika perlu.
7. Sekiranya anda nak jadi kaya dengan perniagaan internet pun janganlah mengharap ia
datang dengan segera. Jika perlu pendapatan dengan cepat dan anda masih belum punya
pengetahuan, carilah pendapatan cara biasa (bukan perniagaan internet) dulu dan dalam
masa yang sama buatlah perniagaan internet ini perlahan-lahan.
8. Rajin-rajinlah masuk dalam pelbagai forum di internet utuk mendengar keluhan, pendapat
dan nasihat mereka-mereka yang telah lama dan mahir dalam perniagaan internet.

Sebagai contoh, kliklah diruangan sebelah kanan blog saya ini. Beberapa contoh ilmu yang anda boleh pelajari dari mereka-mereka yang boleh dipercayai.

Pengakhir untuk hari ini, saya ingin mempelawa anda pembaca islam dan warganegara Malaysia sahaja untuk menyertai saya dalam perniagaan takaful di samping anda boleh terus belajar tentang bisnes internet.

Saya boleh dihubungi melalui talian 019-2490007.

comment?..

Monday, May 14, 2007

PELUANG KERJAYA

PELUANG KERJAYA.

Topik ini adalah sambungan issue Bersama Saya.

Sekali lagi saya nyatakan di sini, saya sedang mencari sesiapa yang ingin mencari dan menambah pendapatan dengan menyertai saya di beberapa bidang perancangan kewangan. Bermula dengan Takaful, dan seterusnya di bidang-bidang lain yang berkaitan dengan syarat anda layak ( menunjukkan keupayaan dan kesungguhan ).Sebenarnya, sesiapa je yang ada SPM buat masa ni layak untuk menyertainya. Tapi ada juga kabar angin mengatakan mungkin tak berapa lama lagi Bank Negara dan Badan serta Pihak Berkuasa terlibat akan menaikkan taraf sektor ini dengan kelayakan minima peringkat Diploma atau kelulusan tambahan bidang ini.

Walau bagaimana pun mereka yang dah berjaya sekarang ramai yang ber kelulusan ijazah dan profesional yang lain selain pemegang SPM yang sangat serius.

Garisan Hayat 1------------2---------------------3------3a----------4----------

Setiap manusia akan lalui garisan hayat saperti di atas .Sila rujuk kepada garisan hayat diatas :-

1) Kelahiran.

No. 1 di garisan hayat mewakili kelahiran manusia. Ringkasnya, garisan hayat individu akan bermula sebaik saja dilahirkan kedunia. Manusia akan terus hidup dengan bantuan penuh orang lain. Siapa? Ibu, ayah, ahli keluarga dan lain-lain bergantung kepada keadaan. Mau tak mau si kecil ini perlukan makan, minum, pakaian, belaian kasih sayang dan belas ehsan orang lain.

Setelah cukup umur tertentu, beliau perlukan pulak pelajaran formal saperti memasuki kelas tadika / pra sekolah / Sekolah rendah / Sekolah menengah / Kolej dan Universiti atau pebelajaran formal mahu pun tak formal yang lain.

Semua ini adalah untuk bekalan keperingkat kedua iaitu alam pekerjaan.

2) Bekerja.

Diperingkat garisan hayat kedua ini, individu mula menyara diri sendiri dengan hasil usaha sendiri atau pendapatan sendiri. Tapi tidak dinafikan jika di peringkat permulaan bekerja ini ada individu yang masih memerlukan orang lain (keluarga) menyara kehidupannya jika pendapatan dari hasil kerja sendiri masih tidak mencukupi.

Perlu di ingat, kebanyakan dari kita-kita ni berada di garisan ini (sedang bekerja). Setidak-tidaknya pun terlalu hampir iaitu peringkat sedang cari kerja.

Terlalu banyak perkara yang anda perlu rancang dan seterusnya membuat tindakan untuk masa depan atau kalau di lihat di garisanhayat adalah untuk kehidupan selepas mencecah no. 3 di garisanhayat (persaraan) dan peringkat seterusnya.

Tanpa perancangan dan tindakan positif atas perancangan di bahagian ini mengakibatkan seseorang itu terpaksa perlu bekerja (walau pun dah tak larat) saperti masih jadi jaga lepas umur 60 an atau terpaksa buat kerja untuk nafkah diri dan keluarga walaupun tangan dah terketar-ketar (tidak bertenaga lagi).

Disini, perancangan untuk berkeluarga, perlindungan, perancangan pendidikan anak-anak, perlindungan perubatan, perancangan lepas persaraan, Simpanan dan pelaburan untuk masa depan perlulah dibuat. Bagi orang islam pulak, semua perancangan diatas perlulah sealiran dengan kehendak syarak atau (HALAL).

3) Bersara

Peringkat bersara sebenar biasa nya lain bagi setiap golongan individu. Contohnya pegawai kerajaan bersara selepas umur mencecah 55 tahun. Kemudian diberi pilihan kepada umur 56 tahun dan kebelakangn ini pulak dibenarkan kepada sesiapa yang masih boleh bekerja dan maseh sihat bersara pada umur 58 tahun bagi kumpulan sokongan dan 60 tahun kepada kumpulan pengurusan. Para hakim biasanya boleh bekerja sehingga umur 65 tahun.

Bagi golongan swasta biasanya sehingga umur 60 tahun atau ada juga yang mengikut sekim umur persaraan kerajaan. Bezanya, peasara swasta ini tidak disertakan dengan bayaran bulanan bersara atau biasa disebut wang pencen.

Bagi mereka yang bekerja sendiri biasanya tidak ada pun perancangan untuk umur bersara atau bekerja sampai tak berupaya barulah persaraan sebenar berlaku.

3a) Kerja lepas bersara wajib.

Ada juga pesara wajib yang teraksa bekerja dengan majikan lain atau kerja sendiri hanya kerana untuk menampung kehidupan semasa yang mendesak. Sebagai contoh kita dapat lihat mereka-mereka yang dah mencapai umur lebih 60 tahun masih memegang senjata dengan bekerja sebahai pengawal keselamatan (jaga).

Adalah menjadi tugas para perancang kewangan dan petugas seumpamanya untuk mendampingi dan seterusnya mengingatkan para pekerja dan individu akan pentingnya membuat perancangan kewangan bermula dari peringkat kelahiran anak-anak dengan perancangan tabung pendidikan.

Perlindungan pendapatan, perlindungan penyakit dan tabung persaraan jugak perlu dirancang untuk diri sendiri. Dan bagi mereka yang ada lebihan kewangan, perlulah juga membuat pelaburan berhemah. Janganlah termasuk dalm golongan mereka yang bankrup selepas melabur saperti yang pernah berlaku semasa zaman kegawatan ekonomi satu masa dulu.

4) Kematian dan selepasnya.

No. 4 digarisan hayat diatas, merupakan peringkat terakhir seseorang idividu di dunia ini. Jangan lupa bahawa selepas kematian sebenarnya sebagai seorang islam itu akan berada disatu garisan permulaan yang lain ( selepas mati).

Mula-mula setiap individu perlulah mempastikan semua harta dunia yang dicari untuk keperluan duniawi ditinggalkan kepada orang yang kita hajati semasa hidup dulu.

Maksudnya, sebelum sampai waktu kematian, setiap individu perlulah telah membuat perancangan pembahagian harta yang akan ditinggalkan selepas mati. Barulah harta yang telah dicari dengan maksud tertentu tidak disalah bahagikan atau menjadi punca pergaduhan bagi mereka yang ditinggalkan.

Buatlah wasiat ISLAM dan wasiat pembagian harta dari awal-awal lagi.

Inilah diantara tugas-tugas perancang kewangan. Memberi nasihat perancangan kewangan masa depan diri individu dan keluarga.

Garisan selepas kematian.

Sebenarnya, keadaan garisan ini lebih afdhal lagi kalau ianya diterangkan oleh para ustaz dan para ulamak dan pendakwah bertauliah.

Garisan ini memberi dua maksud iaitu pengaruh ketiadaan individu kepada mereka-mereka yang dibawah tanggungannya dan ditinggalkan samada dengan bekalan harta atau tanpa bekalan harta. (untuk orang yang ditinggalkan)

Keduanya, kehidupan simati selepas berlakunya kematian, samada di alam kubur atau akhirat. Disinilah tempat sebenar penilaian setiap individu islam akan apa yang dilakukannya semasa hidup.

Walaupun kadangkala mengalami kerugian semasa di dunia kerana melepaskan laba yang banyak dari jalan RIBA' dan kemudian menggantikan dengan sesuatu yang mendapat laba yang sedikit masa didunia, tetapi HALAL adalah lebih baik yang sedikit ini semasa kita berada digarisan lepas kematian kelak.

Rujuklah " Al-Baqarah ayat 275" bagi sesiapa yang rajin merujuk.

Comment .....

Tuesday, April 17, 2007

BERSAMA SAYA

BERSAMA SAYA

Selamat bersua kembali wahai para pengunjung blog yang budiman. Hari ni merupakan hari pertama dalam tahun 2007 ni saya mengemaskini blog ni.

Walau pun lama tak menulis, tuan/puan masih boleh mendapat manfaat dari blog ni dengan klik je pada link yang telah saya sediakan. Sekurang-kurangnya dapat tengok ruangan pelbagai berita. Kalau berita lama yang keluar apa yang perlu anda lakukan hanyalah klik beberapa kali di ruangan refresh di atas atau tekan saja butang F5. Dapatlah maklumat terkini tentunya.

Bagi yang tak pernah ke Eropah pulak klik saja di ruangan melancung ke Eropah Murah. Ruangan ini sebenarnya adalah ruangan web kepunyaan anak saya yang kini menetap di London.

Sebagai Pengurus Agensi Takaful, saya terpaksa menumpukan lebih perhatian kepada bisnes saya ni. Saya juga sibuk mengikuti kursus Financial Planner.

Bagi sahabat yang belum tau, "Financial Planner" ni tugasnya memberi nasihat perancangan kewanagan kepada mereka-mereka yang memerlukan. Contohnya, bila kita dilahirkan saja, ibu/bapa yang perihatin dan berupaya perlulah merancang untuk keperluan masa hadapan anak itu. Keperluan yang lebih dari makan dan pakainya sahaja. Anak ini perlulah disedaiakan Takaful Pendidikan [peruntukan yang cukup untuk perbelanjaan pembelajaran sehingga ke Menara Gading (universiti) juga keperluan perubatannya].

Bagi si ibu/bapa pulak perlulah merancang untuk masa depan diri sendiri dan keluarga.
Contohnya:- Kena berusaha memastikan keperluan kewangan keluarga mencukupi. Kalau tak cukup kenalah mencari sumber tambahan pendapatan. Sekurang-kurangnya merancang dengan cuba mengurangkan perbelanjaan yang kurang perlu juga akan memberi manfaat.

Bila pendapatan telah diberi perhatian, keperluan perubatan telah dapat di atasi, maka kita perlu pulaklah memastikan pelindungan kewangan untuk keluarga jugak dibuat.
Contohnya:- Jika si ayah pergi kerja luar selama seminggu, kepulangannya tentu dinantikan oleh isteri dan anak-anak. Begitu jugalah jika yang keluar itu si isteri, suami dan anak-anak pulaklah yang menunggu. Tapi jika pemergian tu selama seminggu ! Bagai mana kalau setahun?

Macam mana pulak kalau pemergian si ibu atau si bapa atau kedua-duanya tak pulang-pulang sampai bila-bila? (meninggal dunia). Persediaan untuk inilah dipanggil perlindungan, dimana keperluan "Perlindungan Takaful" amat lah diperlukan.

Bagi yang masih muda, perlulah adakan perancangan dimasa tua. Perancangan kewangan masa tua ini jugak kita panggil keperluan wang persaraan.

Jika semuanya telah dirancang, maka pendapatan lebihan perlulah disimpan (saving). Kalau ada lebih lagi maka keperluan melabur samada dalam bentuk menambah aset atau harta tetap saperti tanah, rumah atau melabur dalam saham amanah atau bagi yang dah mahir melabur terus di pasaran saham (risiko tinggi). Ada yang melantik Pengurus dana untuk menguruskan portfolio pelaburan mereka.

Satu lagi asek penting adalah dari segi cukai. Ramai orang-rang kaya di Malaysia ni yang bayar cukai sedikit saja berbanding orang biasa yang bayar cukai agak besar peratusannya berbanding orang kaya tu tadi. Sebabnya, orang kaya ni menyediakan akauntan khas yang memberi nasihat kepadanya mengenai kaedah mengurangkan pembayaran cukai sebagaimana dibenarkan oleh akta-akta tertentu ( bukan tidak melapur).

Bila dah ada harta tetap dan harta aleh, perlindungan, simpan masa tua saperti EPF, simpanan lain-lain, pelaburan, ilmu percukaian dan sebagainya, ada satu lagi yang orang melayu selalu lupa atau tak ambil kisah langssung masa hidupnya. Pekara ini adalah cara pembahagian harta jika tuan ampunya harta ini tada, ( meninggal dunia dan keluarganya).

Maksud saya disini ialah Wasiat/ Will.

Terlalu ramai orang Melyu tidak menulis wasian secara yang betul mengikut undang-undang negara mau pun kehendak Agama. Kalau ada pun setakat penama yang terpaksa, saperti penama untuk sijil-sijil Takaful dan Polisi Insuran dan penama untuk EPF.

Bila di semak, Di EPF saja terlalu ramai orang yang menulis penama semasa mula-mula kerja dengan masukkan nama ibu, bapa atau adek beradek. Lepas itu tak pernah tukar sampailah sekarang. Bila meninggal dalam perkhidmatan, ayah dan ibu pun dah meninggal. Maka nama abanglah yang masih ada. Sedangkan dia meninggalkan isteri, anak-anak, hutang kepada sesama manusia dan hutang kepada tuhannya sperti puasa, fidyah,... haji dan sebagainya.

Kagangkala si abang yang menerima duit EPF adiknya menganggap duit itu untuk dirinya sahaja sebab cek atas namanya. Apa jadi dengan isteri dan anak-anak si mati? Ini satu contoh je.

Banyak lagi akan saya sambung .......(next issue).

Jika anda lihat tajuk saya ari ni, ialah Bersama Saya. Apa kaitannya ?
Maksudnya saya sedang mencari sesiapa yang yang ingin mencari dan menambah pendapatan dengan menyertai saya di beberapa bidang perancangan kewangan. Bermula dengan agen takaful, dan seterusnya dibidang-bidang lain yang berkaitan saperti ternyata diatas dengan syarat anda layak ( menunjukkan keupayaan dan kesungguhan). Dengan bersama saya nanti pelanggan anda merupakan kanak-kanak, remaja, Pekerja dan para pesara.

Hubungi saya [buyongptn(at)gmail.com atau buyongptn(at)yahoo.com atau sms saya di 0192490007]

Comment anda?

Thursday, December 21, 2006

TAKAFUL KELUARGA

Jual sekali dan dapat upah (komisyen) enam tahun!

Hari ini saya dapat sms yang bertanyakan tentang ayat pendek saperti di atas. Pertanyaan yang sama juga saya dah jawab berkali-kali kepada orang yang berlainan. Blog ni pun dah lama saya tak update kerana sibuk dengan tugas saya sebagai Pengurus Agensi Takaful. Jadi saya nak cerita sedikit mengenai Takaful Keluarga dengan peluang yang ada untuk sesiapa je yang nak cari duit atau pendapatan ( tetap/sampingan).

Takaful keluarga ni sebenarnya hampir sama dengan insuran hayat atau insuran nyawa yang dikendalikan menurut kehendak syarak (Islam). Ada juga mereka kenalkan dengan insuran islam dan pelbagai lagi. Di Malaysia, saya rasa dah ramai benar yang tahu malah faham benar dengan Takaful keluarga ni, kerana penyertaan orang islam malah bukan islam juga dah semakin ramai.

Perbezaan ketara antara penjual insuran dan takaful (selain dari hukum syara') bolehlah saya katakan sebagai penjual dan pencari. Maksudnya, kalau yang sorang tu mencari pelanggan yang hendak membeli polisi (untuk di jual), ejen takaful kena cari orang yang setuju untuk menyertai Takaful.

Ejen/Wakil Takaful kena mencari orang yang mahu menyertai Takaful. Maksudnya setiap pemegang sijil telah bersetju untuk menyertai kumpulan pembayar yang sanggup tolong-menolong antara satu sama lain bila ditimpa kecelakaan yang telah tersenarai jenis-jenisnya, saperti kematian, hilang upaya, bayaran wad dan lain-lain lagi yang di huraikan dan dipilih semasa menyertainya.

Jadi, kalau penerangan tidak mendapat sambutan atau tidak dipersetujui, tak lah kecewa macam orang menjual. Kalau tak laku kan kecewa! Malah penerangan olih wakil takaful yang ikhlas tadi akan mendapat ganjaran pahala, walaupun pendengarnya tak setuju menyertainya. Sebab tugas untuk urusan yang baik dan halal kan IBADAH (tak gitu?)

Yang paling MUSTAHAK setiap wakil perlulah sentiasa memasang niat yang yang baik dan iklas dengan tugas yang di bawa. Tidak sekali-kali berniat untuk menipu atau fikir untuk keuntungan diri sendiri semata-mata, tanpa memikirkan pilihan yang terbaik untuk peserta mereka.

Saperti insuran, pelan-pelan takaful juga pelbagai dan tidak sama semuanya. Ada pelan yang memberatkan kepada perlindungan sahaja tanpa simpanan (murah). Kebanyakkan memberi kedua-dua nya, perlindungan kematian, penyakit dan lain-lain serta simpanan. Pelan Takaful juga sentiasa diperbaiki manafaatnya untuk peserta dari masa kemasa.

Sebab itulah bayaran penyertaan takaful berbeza dari satu pelan dengan pelan yang lain.

Sebagai seorang Wakil Takaful pulak, upah bagi transaksi yang dibuat tadi dibayar untuk tempoh enam tahun penyertaan ( selagi peserta membuat bayaran). Kalau peserta berhenti lepas satu tahun, jadi upahnya pun satu tahun saja lah. Seaba itu wakil perlu memberi servis terbaik kepada pesertanya. Selalu bertanya, beri penerangan jika perlu jugak menolong pelanggan yang nak buat tuntutan (claim).

Cara bayaran upah pulak secara bulanan, kalau peserta bayar bulananan atau tahunan kalau peserta bayar tahunan. Begitu jugaklah peserta bolih plih jugak bayar setiap tiga bulan atau setiap enam bulan.

Ramai peserta saya suka bayar tahunan pada hujung tahun ini sebab taklah susah-susah bayar tiap bulan. Kan hujung tahun dapat bonus? Gunakanlah wang ini untuk masa depan selain untuk kegunaan semasa, kan bagus!

Wakil takaful tidak dibayar gaji saperti pekerja biasa. Mereka yang rajin dan berwawsan ada yang sudah menjadi jutawan. Tak kurang jugak yang berhenti separuh jalan kerana tak yakin dan MALAS.

Kalau anda berminat jadi wakil atau nak dapat maklumat lanjut, sila email saya [ buyongptn(at)yahoo.com].

Saturday, November 11, 2006

Tambah Pendapataan

Kini Di Malaysia, Kaedah Tambah Pendapatan dengan melalui SMS telah terbongkar. Kalau selama ini setiap individu menghabiskan wang yang agak besar jugak melalui" hand phone", kini dengan "hand phone" pulak boleh dapatkan duit.

Menarik bukan?
Inilah dunia internet, perniagaan tanpa sempadan kawasan dan masa. Idea perniagaan di kembangkan dengan begitu pantas sekali.

Sebenarnya "hand phone" kini bukan saja medium menghabiskan duit, tapi boleh jugak digunakan untuk tambah duit. Contohnya SMS boleh digunakan untuk promosi perniagaan anda samada perniagaan online maupun perniagaan cara konvensional.

Begitulah kata pencetus idea untuk pengunaan SMS untuk dapat duit, bukan buang duit macam selalu kita lakukan.

Kalau selama ini pihak media letronik telah mengeksploitasikan pengunaan SMS untuk keuntungan saperti Akademi Fantasia dan pelbagai lagi, kenapa tidak kita?

Klik URL dibawah untuk saya bawa anda kepada pencetus idea tersebut dan cerita selanjutnya.


http://www.affiliatespaycenter.com/t//idevaffiliate.php?id=216


Comment Anda?

Friday, October 20, 2006

Cari Duit Di Hari Raya

Tajuk di atas (Cari Duit di hari raya dan Tambah Pendapatan semasa ) sebenarnya memang synonim dengan kanak-kanak di hari raya ini.
Tidak lupa saya mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada anda semua pengunjung blog saya ni. Semoga anda semua diberkati Allah hendaknya. Bagi penganut hindu pulak selamat menyambut Deepavali. Penganut agama lain, Selamat Bercuti!
Siapa kata anak-anak melayu tidak di ajar berniaga semasa kecilnya? Cuba tengok hari raya ni. Anda kadang-kadang tak kenal pun siapa budak-budak yang datang rumah di hari raya. Bila di tanya, Oh saya dari kampung @ taman sebelah. Naik bas datang sini.
Ada diantara mereka tu yang pegi ke semua rumah yang di buka pintu pada hari raya. Ada pulak yang pilih-pilih rumah yang cantik atau senang sebut, rumah yang mereka andaikan pemiliknya - orang kaya.
Mereka ni sebenernya dah ada plan yang lebih baik. Sebab dah kira berapa rumah yang bolih di kunjung sehari (maksima keupayaan dan masa). Bagi mereka ni orang kaya akan bagi mereka duit yang nilainya lebih banding dengan rumah orang sederhana dan miskin.
Contoh:- Si "A" pegi ke 20 buag rumah orang kaya dapat purata RM3.00 satu rumah. Jadi dapatlah dia RM60.00.
Si "B" pulak pegi ke 30 buah rumah tak kira kaya atau miskin. Dapat purata RM1.00 satu rumah. Jadi dapatlah dia RM30.00.
Penat nya hampir sama. Tapi pendapatan masing-masing berlainan.
Berbanding si "C" pulak anak yang ikut ibu bapak mereka hanya pegi lima rumah saja. Bapak dia ni pulak orang agak berada. Jadi kawan-kawan bapak tadi bagi dia RM10.00 empat rumah dan RM5.00 satu rumah. Jadi jumlah dapat RM45.00.
Bila dibandingkan ketiga contoh budak di atas, Si "A" yang dapat paling banyak dan "B" paling sedikit dan paling penat.
Jadi kita sebagai ibu/bapa atau abang/kakak bolehlah terangkan pada budak-budak ni tentang perniagaan yang mereka dah buat. Walau pun cara mereka itu tak boleh dijadikan contoh sangat, tapi cara buat pilihan pasaran tu memang berkesan. Semoga tertanam semangat memilih pasran sejak kecik lagi.

Boleh di apply dalam perniagaan, samada konvensional atau pun internet.

Buat pilihan adalah satu daripada pemasaran berkesan.

Itu je buat masa ini jumpa lagi !

Comment anda?

Sunday, October 15, 2006

Pilih Pasaran Tertumpu ( Niche Market)

Bila anda nak mulakan perniagaan di internet dengan barang/perkhidmatan anda sendiri, jangan nak kumpul banyak-banyak baru buat laman Web. Macam kedai runcit. Longgok pelbagai barang dalam satu kedai.
Di internet, pelanggan anda tidak terbatas. Siapa saja yang boleh masuk internet mungkin boleh menjadi pelanggan anda. Disamping itu pengunjung juga mempunyai terlalu banyak pilihan.Jadi, bagi mereka yang punya modal terhad (Kecil) lebih baik cari pasaran kecil atau tertumpu (niche market). Maksudnya adalah pasaran untuk kumpulan tertentu saja. Bukan untuk semua pengunjung. Contohnya untuk penuntut perempuan saja. Atau untuk ibu-ibu tunggal. Barangan khas untuk remaja, Untuk lelaki tua saja dan lain-lain lagi.
Carilah satu produk yang khusus untuk satu kumpulan target anda. Contohnya satu ketika dulu ada orang mengajar cara-cara buat bunga dari sabun. Ada pulak yang ajar buat bunga dari roti dan sebagainya.
Barang ni semua untuk peminat bunga. Walaupun satu jenis bunga saja, tapi kerana jumlah peminat bunga ni ramai buku terjual serata dunia. Tak payah bukak kedai bunga dan jual pelbagai bunga. Dengan satu jenis bunga saja di ajar cara buatnya dari A-Z sudah cukup untuk jadikan pengeluar idea dan penulis buku ni tadi jadi jutawan.
Jadi fikirkanlah macam mana nak jual satu barang saja yang orang tak buat lagi atau tak ramai orang tau. Kenalah ajar secara terperinci untuk dituju kepada satu kumpulan orang saja, bukan untuk semua orang. Kita tidaklah susah-susah untuk bersaing dengan berjuta penjual lain di internet.
Mencari pasaran tertumpu(niche market) ini sebab utama adalah untuk mengelak dari bersaing dengan syarikat yang besar-besar dan penjual yang terlalu ramai.

Begitu jugak servis/perkhidmatan.

Selamat mencuba!

Comment anda?

Thursday, October 12, 2006

Buat Duit Di Internet?
(Panduan untuk pendatang baru)
----------------------------------

Anda baru nak berjinak dengan Perniagaan Internet? Bagus!!!!.........
Teknologi bergerak begitu pantas. Katakan kita ni pakar dalam membuat sesuatu barangan teknologi canggih dua tahun dulu. Kerana dah rasa selesa, kita terus dengan pengeluaran barangan kita tanpa membuat R&D (penyelidikan). Tak tengok kiri dan kanan. Tak pandang pergerakan pantas teknologi semasa. Terus keluarkan barangan sama kerana permintaan masa kini memuaskan.
Apa akan jadi?
Dah terjadi pun pada kawan saya. Barangan / komponen komputer yang menjadi kemegahan satu masa dulu, kini dah ketinggalan zaman. Sekarang kena buat kerja lain. Perniagaan maju dulu tidak terus menjamin. Beliau di istihar bankrap.
Tu contoh saja, tapi benar.
Gitu jugalah internet ni. Kita kena sentiasa ambik tau perkembangan teknologi semasa. Tapi tak perlu takut. Berniaga di internet tak perlu kakitangan ramai, Pejabat besar, barangan canggih dan sebagainya. Yang mustahak kena faham camna bisnes ni bekerja.
Anda kena tahu menggunakan peluang yang ada cepat. Kalau lambat, orang lain buat dulu. Bak kata pakar internet kita Dr Irfan, nombor satu tu yang mustahak.
Asasnya, kenalah tahu dulu perkara-perkara berikut:-

  • Anda kena mengejar ilmu pengetahuan berkaitan, ( belajar) apa yang patut. Kalau perlu, laburlah wang sekadar termampu. Ilmu tidak datang bergolek.
  • Anda mestilah kena ada laman web atau Blog kalau nak berniaga di internet.
  • Tanya diri, anda nak jual produk ke atau nak jual perkhidmatan (services).
  • Anda boleh jual barang orang lain (macam kedai yang ada) jual barang kilang dan industri orang lain. Tidak semestinya barang/ servis sendiri saja.
  • Kalau dah establish nanti, anda juga boleh jual ruang iklan di laman web anda.
  • Tapi pastikan usaha yang hendak anda jalankan nanti mestilah tidak melanggar undang-undng.

Itulah serba sedikit anda kena buat sekarang. Banyak lagi proses yang perlu dibuat seterusnya. Tapi Kena buat dulu, tak usah tangguh. Masa tak menunggu kita.


Kalau nak panduan, cuba teliti satu persatu banner disebelah kanan blog saya ini. Klik dan tengok satu persatu. Banyak yang anda boleh dapat.

Kalau dah banyak duit nanti, bolehlah klik di bahagian atas kanan ( Melancung Ke Eropah). Yang buat tu, anak saya. He! he!..

Ingat! Kerja bertangguh tak menjadi.

Jangan jadi macam ayam jantan, Berkokok dengar sekampung, Ekor bergelumang dengan tahi.


Comment anda?

Sunday, October 08, 2006

GAGAL - FAIL

"Kejayaan Luarbiasa" Hanya Datang Selepas Gagal

Tajuk saperti ini bolih di temui tertulis di banyak buku-buku motivasi yang ada di pasara. Saya tulis ni pun demi memujuk hati saya sendiri dan anda disana yang sedang dalam kegagalan atau pernah gagal.
Sama ada kegagalan itu dalam perkara-perkara utama atau yang remeh-temeh (perkara kecil). Kita kena ingat! semua kejayaan yang di kecapi olih pemimpin ternama maupun jutawan bukanlah macam makan kacang goreng saja. Kejayaan mereka selepas melalui pelbagai rintangan kesusahan dan kegagalan.
Nabi Muhammad saw, pernah gagal untuk memujuk dan berdakwah kepada kaumnya di Makkah sampai kena "hijrah" ke Madinah sebelum berjaya dengan cemerlngnya.
Kernal Sanders dengan Kentucky nya.. hanya berjaya setelah lebih seribu kali gagal memujuk mereka menerima resepi ayam gorengnya.
Tokey pembuat kereta Honda (..Matsushita..) pernah banyak kali gagal sebelum berjaya dan terkenal di serata dunia.
Oliver dan Wilber Wright juga pernah diketawakan kerana gagal menerbangkan kapal terbang pertama ciptaannya.
Banyak lagi mereka yang berjaya luarbiasa terpaksa merempuh kegagalan demi kegagalan sebelum mereka mencapai kejayaan.
Apa yang hendak saya katakan di sini ialah:-
Kejayaan sebenar biasanya diperolehi selepas kegagalan.
Cari sebab-sebab gagal dan cuba atasi.
Belajar lah dari mereka-mereka yang telah berjaya.
Laburlah dalam mencari ilmu. Tiada kejayaan sebenar tanpa ilmu.
Tabah dan bersabar untuk menuju kejayaan.
"just do it"
Berdoa lah setelah berusaha.
Kejayaan akan menanti kita.
Comment anda?

Thursday, October 05, 2006

Tip Menceburi MLM

10 Tip Menceburi MLM

Salam sejahtera untuk semua. Hari ni saya nak kongsikan tip kalau anda nak join perniagaan MLM ( Multi Level Marketing). Ni satu lagi lubuk cari duit . Di Malaysia saja banyak yang dah jadi jutawan senyap dengan cebur dalam MLM ni.

Saya pernah menjadi pengurus beberapa syarikat MLM di Malaysia ni. Tapi bila Pasaran Saham meletup pada tahun 1993, saya mula menghala kesana (jadi remisier). Eh! kesana pulak.

Ok! lah, kalau anda nak betul-betul berjaya dalam MLM renunglah betul-betul tip dibawah:-

  1. Anda kenalah faham betul maksud MLM yang macam bos lama saya bagi tau. Katanya MLM tu bagi kami maksud nya Meniaga Larut Malam. Biasanya kelas bimbingan di waktu malam. Jadi kena bersedia keluar malam untuk belajar.
  2. Pastikan syarikat yang anda ceburi tu kukuh. Maksudnya tak lah masuk hari ni, lepas satu tahun je syarikat dah tutup.
  3. Syarikat yang sah - Ada lesen dari kerajaan dan semua Kementerian dan badan Kerajaan yang berkaitan.
  4. Pastikan Leader anda mereka yang benar-benar berjaya. Kalau syarikat baru, tanya kejayaan nya sebelum tu.
  5. Pastikan produk yang hendak anda jual tu betul-betul diperlukan oleh masyarakat atau beri faedah luarbiasa.
  6. Pelan pemasaran dan cara pengagihan komisyen kena faham bebetul. Taklah untungkan syarikat je. Mestilah untungkan anda jangka pendek mau pun jangka panjang.
  7. Fakor diri anda -Tanya diri anda sendiri, boleh buat ke? Sanggup belajar ke? Ada daya tahan melayan kerenah pelanggan ke? Dan macam-macam lagi jenis kesangupan anda menempuh dugaan niaga tu sendiri.
  8. Pastikan anda mampu dari segi kewangan, kalau perlukan modal.
  9. Anda bukan saja jual prodak tapi anda juga jual keterampilan diri. Kekadang orang beli barang bukan saja kerana produk yang anda bawak- tapi cara keterampilan anda mempersembahkan nya.
  10. FOKUS. Anda kena fokus (beri penuh tumpuan) dengan apa yang anda buat.

Selamat mencuba.

Comment anda ?

Wednesday, September 27, 2006

Nak cari duit ke nak cari kerja?

Saya pun tak tau apa sebenarnya yang anda mahu. Mungkin saja-saja nak habiskan masa. Mungkin nak cari idea kalau-kalau terjumpa apa yang dicari. Tapi kekadang tak tau pun apa yang nak dicari. Bila terjumpa sesuatu, barulah sedar, oh nilah yang saya nak cari !.

Saya nak cerita sambungan sebelum ni iaitu sambungan cara nak cari duit. Saya ulangkan camna nak buat sekali kerja jualan, tapi dapat ganjaran atau bayaran setiap bulan selama enam tahun.

Sebenarnya bukanlah keja tu sekali je. Lepas buat jualan kenalah beri servis yang baik. Apa dia servis tu? Jumpa pelanggan kita sekali sekala dan tanyakan kalau-kalau mereka ada masaalah berkaitan pembayaran ke, polisi ke, atau macam mana nak buat tuntutan. Setahun sekali kenalah hantar kad raya dan kalau nak bagus lagi hantar kah hari jadi.

Yang paling menarik ialah, setiap bulan kita dapat increment (kenaikan gaji). Kalau keja kerajaan ke, swasta ke kita tunggu cukup tahun keja baru dapat naik gaji. Tu pun kalau syarikat kecik dan syarikat tak untung sangat, cam tu je lah gaji kit tak naik-naik. Tapi ejen Takaful kalau nak naik gaji kena sentiasa buat keja lah. Untuk upah bulan-bulan dan tahun-tahun lepas, kita tetap dapat dan tambah pulak untuk upah bulan lepas. Gitulah setiap bulan pendapatan naik kalau kita sentiasa buat keja.

Yang bagusnya, ejen Takaful boleh buat secara sepenuh masa (full time) dan sambilan (part time). Yang buat sambilan ada jugak yang buat waktu rehat dan lepas keja, dah boleh dapat dua, tiga ribu sebulan lepas dua tahun. Malah ada yang lebih baik dari itu. Ada jugak yang nak cuba-cuba buat sambilan. Lepas setahun dah dah tak sabar nak buat sepenuh masa. Mana tidak, setiap bulan pendapatan naik.

Kerja ni tak lah teruk sangat. Kita buat keja ikut masa kita. Pagi, petang, malam atau bebila saja yang kita mau. Ada ejen yang rajin sangat, jam 3 pagi berada di pasar borong cari pelanggan disana. Siang buat keja lain dan berbagai cara lagi. Walau camna pun, kalau tak mahir atau tak ada "confident" latihan dan tunjuk ajar sentiasa diberi oleh pengurus masing-masing. Yang pastinya mesti ada kerajinan dan kemahuan. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan . Lagi pulak sekarang dah ada internet. Jarak jauh pun boleh belajar.

Bukan setakat pendapatan atas jualan anda saja, malah tambah pulak atas jualan agen dibawah anda ( kalau dah jadi pengurus). Fikirkan lah !!

Ramai orang di Malaysia ni yang minat sangat nak buat takaful (bukan Islam) tapi tak boleh. Cuma adalah segelintir yang dapat buat dengan pelbagai kaedah tersendiri. Malang nya orang islam sendiri memperkecilkan kerjaya ini. Kenapa? sebab dah budaya orang Melayu suka makan gaji.

Sebenarnya kerjaya ni bukan je untuk dapat duit, lebih lagi dibulan Ramadhan ni, dapat pahala jugak kerana kita membawa orang mengunakan kaedah insuran yang mengikut lunas-lunas islam. Atau dengan kata lain menyebarkan penggunaan muamalah islam.

Sesiapa yang nak tau lebi lanjut atau minat nak cari duit dengan jadi ejen takaful boleh SMS saya di no. 6 019 249 0007 atau email ke buyongptn@yahoo.com.

Dimasa lain akan saya sambung lagi. Kalau ada pertanyaan jangan malu-malu email saya, Burhan.

Monday, September 25, 2006

Nak Cari Duit?

Nak cari duit, nak cari kerja, nak tambah pendapatan (income), nak mula berniaga, nak join MLM atau buat apa saja kerja asal dapat duit /pendapatan.

Selamat Datang ,

Salam sejahtra saya ucapkan pada semua pelawat yang bertuah. Di sini saya nak bawak anda semua cari duit. Saya akan lanjutkan dengan topik-topik lain di atas satu persatu.

Baiklah, sebelum nak cerita pasal tajuk ni, selalunya orang yang nak cari duit tentunya dia tak cukp duit / pendapatan atau langsung tak ada pendapatan (menganggur). Ada juga orang yang dah cukup duit, tapi sentiasa mecari peluang dan idea untuk menambah pendapatan yang sedia ada.

Anda dalam kumpulan yang mana satu ?

Sebelum saya lanjutkan ceita ni, saya nak beri peringatan pada anda semua tentang cari duit melalui internet. Anda akan jumpa pelbagai janji, ajakan, pujukan, nasihat, dan pelbagai bentuk ajaran untuk dapat kekayaan /keuntungan segera. Ada kalanya sampai ketahap jutawan segera. Hakikatnya berapa ramaikah orang yang ikut mereka ni betul-betul jadi jutawan?

Ingat ! Kekayaan / keuntungan / jutawan segera kebanyakkannya hanyalah janji kosong belaka. Ramai kawan-kawan dan saudara mara saya sendiri yang dah terjebak. Ada yang kerugian beratus ringgit, malah tak kurang jugak yang alami kerugian beribu-ribu ringgit. Sebab tu lah saya terpanggil nak tulis untuk sesiapa je yang nak kaya cepat. Semoga anda semua fikir masak-masak sebelum membuat keputusan serupa.

Terutama untuk mereka yang baru saja dapat duit banyak berbanding sebelumnya saperti ganjaran pencen dan pekerja yang baru mendapat duit VSS (voluntier stop service). Begitu jugak bagi anda yang baru keluarkan duit EPF (KWSP). Bagi pelajar yang baru dapat duit PTPTN (pinjaman pelajarn) juga tak terkecuali.

Yang paling teruk, ada kawan saya yang sedia pinjam bank semata-mata nak labur melalui internet. Bila di tanya alasannya kawan lain dah dapat 30% keuntungan walaupun baru beberapa bulan masuk. Malangnya si kawan tadi gunakan semua wang pokok serta untung untuk labur kali kedua. Kali ini semua wangnya lesap. Jadi kawan yang pinjam bank pun sama
sekapal. Putih mata, utung entah kemana, modal pun lesap.

Hari ni hari kedua bulan puasa (ramadhan) tahun 2006. Jadi satu kerja yang boleh anda buat untuk cari duit adalah berniaga makanan untuk berbuka puasa atau sahur. Kalau anda tak ada kebolehan masak, anda boleh buat saperti berikut:-

1) Cari keluarga atau kawan-kawan yang pandai masak buat kerja part time untuk
anda. Semalam saya lihat pekerja kilang Bangladesh yang buat murtabak untuk seorang kakak yang tak tau buat martabak di bazar Ramadhan.. Pastikan tidak menyalahi undang-undang tau?

2) Jual air adalah satu pekerjaan di bulan ramadhan ni yang mudah dan untng tak kurang 50%.

3) Cari pemborong atau pencitak kad hari raya. Jual melalui kawan baik anda untuk kawan-kawan sekerja, selain anda jual sendiri.

4) Cari pembuat kuih raya. Jadi pengedar kuih raya dari pejabat-kepejabat atau macam no 3 di atas, melalui kawan baik anda. Jangan lupa bagi komisyen.

5) Kalau anda mahir buat website, cuba jual apa saja melalui internet samada barang sendiri atau barang orang lain.

Cari duit cara di atas tu semuanya adalah berkaitan berniaga. Berniaga cara di atas bukan saja dapat tunai tapi boleh pegang duit hari-hari kecuali no 5. Tapi bagi anda yang tak berapa perlu duit cepat, anda boleh cari duit yang agak lambat sikit, tapi berterusan untuk jangkamasa yang panjang.

Contohnya anda perlu menjual jugak, tapi mendapat upah selama enam tahun untuk sekali jualan sahaja. Untuk keterangan nya akan saya tulis lepas ini. Jika anda tak sabar nak tau sila sms saya di no: 6019 249 0007.