Tip Menceburi MLM
10 Tip Menceburi MLM
Salam sejahtera untuk semua. Hari ni saya nak kongsikan tip kalau anda nak join perniagaan MLM ( Multi Level Marketing). Ni satu lagi lubuk cari duit . Di Malaysia saja banyak yang dah jadi jutawan senyap dengan cebur dalam MLM ni.
Saya pernah menjadi pengurus beberapa syarikat MLM di Malaysia ni. Tapi bila Pasaran Saham meletup pada tahun 1993, saya mula menghala kesana (jadi remisier). Eh! kesana pulak.
Ok! lah, kalau anda nak betul-betul berjaya dalam MLM renunglah betul-betul tip dibawah:-

- Anda kenalah faham betul maksud MLM yang macam bos lama saya bagi tau. Katanya MLM tu bagi kami maksud nya Meniaga Larut Malam. Biasanya kelas bimbingan di waktu malam. Jadi kena bersedia keluar malam untuk belajar.
- Pastikan syarikat yang anda ceburi tu kukuh. Maksudnya tak lah masuk hari ni, lepas satu tahun je syarikat dah tutup.
- Syarikat yang sah - Ada lesen dari kerajaan dan semua Kementerian dan badan Kerajaan yang berkaitan.
- Pastikan Leader anda mereka yang benar-benar berjaya. Kalau syarikat baru, tanya kejayaan nya sebelum tu.
- Pastikan produk yang hendak anda jual tu betul-betul diperlukan oleh masyarakat atau beri faedah luarbiasa.
- Pelan pemasaran dan cara pengagihan komisyen kena faham bebetul. Taklah untungkan syarikat je. Mestilah untungkan anda jangka pendek mau pun jangka panjang.
- Fakor diri anda -Tanya diri anda sendiri, boleh buat ke? Sanggup belajar ke? Ada daya tahan melayan kerenah pelanggan ke? Dan macam-macam lagi jenis kesangupan anda menempuh dugaan niaga tu sendiri.
- Pastikan anda mampu dari segi kewangan, kalau perlukan modal.
- Anda bukan saja jual prodak tapi anda juga jual keterampilan diri. Kekadang orang beli barang bukan saja kerana produk yang anda bawak- tapi cara keterampilan anda mempersembahkan nya.
- FOKUS. Anda kena fokus (beri penuh tumpuan) dengan apa yang anda buat.
Selamat mencuba.
Comment anda ?