Thursday, December 21, 2006

TAKAFUL KELUARGA

Jual sekali dan dapat upah (komisyen) enam tahun!

Hari ini saya dapat sms yang bertanyakan tentang ayat pendek saperti di atas. Pertanyaan yang sama juga saya dah jawab berkali-kali kepada orang yang berlainan. Blog ni pun dah lama saya tak update kerana sibuk dengan tugas saya sebagai Pengurus Agensi Takaful. Jadi saya nak cerita sedikit mengenai Takaful Keluarga dengan peluang yang ada untuk sesiapa je yang nak cari duit atau pendapatan ( tetap/sampingan).

Takaful keluarga ni sebenarnya hampir sama dengan insuran hayat atau insuran nyawa yang dikendalikan menurut kehendak syarak (Islam). Ada juga mereka kenalkan dengan insuran islam dan pelbagai lagi. Di Malaysia, saya rasa dah ramai benar yang tahu malah faham benar dengan Takaful keluarga ni, kerana penyertaan orang islam malah bukan islam juga dah semakin ramai.

Perbezaan ketara antara penjual insuran dan takaful (selain dari hukum syara') bolehlah saya katakan sebagai penjual dan pencari. Maksudnya, kalau yang sorang tu mencari pelanggan yang hendak membeli polisi (untuk di jual), ejen takaful kena cari orang yang setuju untuk menyertai Takaful.

Ejen/Wakil Takaful kena mencari orang yang mahu menyertai Takaful. Maksudnya setiap pemegang sijil telah bersetju untuk menyertai kumpulan pembayar yang sanggup tolong-menolong antara satu sama lain bila ditimpa kecelakaan yang telah tersenarai jenis-jenisnya, saperti kematian, hilang upaya, bayaran wad dan lain-lain lagi yang di huraikan dan dipilih semasa menyertainya.

Jadi, kalau penerangan tidak mendapat sambutan atau tidak dipersetujui, tak lah kecewa macam orang menjual. Kalau tak laku kan kecewa! Malah penerangan olih wakil takaful yang ikhlas tadi akan mendapat ganjaran pahala, walaupun pendengarnya tak setuju menyertainya. Sebab tugas untuk urusan yang baik dan halal kan IBADAH (tak gitu?)

Yang paling MUSTAHAK setiap wakil perlulah sentiasa memasang niat yang yang baik dan iklas dengan tugas yang di bawa. Tidak sekali-kali berniat untuk menipu atau fikir untuk keuntungan diri sendiri semata-mata, tanpa memikirkan pilihan yang terbaik untuk peserta mereka.

Saperti insuran, pelan-pelan takaful juga pelbagai dan tidak sama semuanya. Ada pelan yang memberatkan kepada perlindungan sahaja tanpa simpanan (murah). Kebanyakkan memberi kedua-dua nya, perlindungan kematian, penyakit dan lain-lain serta simpanan. Pelan Takaful juga sentiasa diperbaiki manafaatnya untuk peserta dari masa kemasa.

Sebab itulah bayaran penyertaan takaful berbeza dari satu pelan dengan pelan yang lain.

Sebagai seorang Wakil Takaful pulak, upah bagi transaksi yang dibuat tadi dibayar untuk tempoh enam tahun penyertaan ( selagi peserta membuat bayaran). Kalau peserta berhenti lepas satu tahun, jadi upahnya pun satu tahun saja lah. Seaba itu wakil perlu memberi servis terbaik kepada pesertanya. Selalu bertanya, beri penerangan jika perlu jugak menolong pelanggan yang nak buat tuntutan (claim).

Cara bayaran upah pulak secara bulanan, kalau peserta bayar bulananan atau tahunan kalau peserta bayar tahunan. Begitu jugaklah peserta bolih plih jugak bayar setiap tiga bulan atau setiap enam bulan.

Ramai peserta saya suka bayar tahunan pada hujung tahun ini sebab taklah susah-susah bayar tiap bulan. Kan hujung tahun dapat bonus? Gunakanlah wang ini untuk masa depan selain untuk kegunaan semasa, kan bagus!

Wakil takaful tidak dibayar gaji saperti pekerja biasa. Mereka yang rajin dan berwawsan ada yang sudah menjadi jutawan. Tak kurang jugak yang berhenti separuh jalan kerana tak yakin dan MALAS.

Kalau anda berminat jadi wakil atau nak dapat maklumat lanjut, sila email saya [ buyongptn(at)yahoo.com].

0 Comments:

Post a Comment

<< Home